CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, September 9, 2008

DEMOKRASI DALAM PILIHANRAYA


Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan yang kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal samada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sesebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaan demokratik. Di malaysia,kerajaannya mengamalkan sistem demokrasi dalam pemerintahan yang dikenal sebagai demokrasi berparlimen. Ciri-ciri am demokrasi di malaysia adalah keterbatasan kuasa melalui perlembagaan negara,doktrin pengasingan kuasa, pembentukan kerajaan melalui proses pilihanraya, jaminan kebebasan (mengundi, bersuara, berpersatuan, akhbar dll), menjunjung Rule of law dan berpendidikan hak asasi manusia-sivik.

Di Malaysia, penubuhan kerajaan pemerintah dipilih secara pilhanraya yang lebih menampakkan amalan demokrasi masih diamalkan di dalam negara ini. Di sini, mandat yang diberikan kepada sebaang pihak untuk memerintah hendaklah diperolehi secara adil tanpa sebarang keraguan untuk memerintah dan diterima oleh seluruh rakyat dalam Malaysia dan semua parti yang bertanding. terdapat 27 parti politik di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, iaitu 15 di Semenanjung, 7 Sabah dan 5 di Sarawak seperti Barisan Nasional, Barisan Jemaah Islamiah Se Malaysia (BERJASA), Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Parti Kebangsaan Sarawak, Parti Pusaka Bumiputera Bersatu Sarawak, Parti Progresif Penduduk, Parti Perpaduan Rakyat Sarawak, PArti Islam se Malaysia, Parti Kongres Indian Muslim Malaysia, Parti Pekerja-Pekerja Malaysia, Parti Rakyat Malaysia (PRM), Parti Tindakan Demokratik, Persatuan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu, Parti Bansa Dayak Sarawak, Parti Bersatu Sabah, Parti Kongres Penyatuan Masyarakat, Parti Liberal Demokratik-Sabah, Parti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu, Parti Keadilan Rakyat, Parti Demokratik Setiahati Kuasa Rakyat Bersatu Sabah, Parti Maju Sabah, Parti Reformasi Negeri (STAR), Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Bersatu (UPKO), Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysian (AKIM) , Parti Demokratik Malaysia (MDP), Parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (AMIPF) dan Parti Punjabi Malaysia (PPM)

Di Malaysia, amalan demokrasi sudah menampakkan kematangan apabila negara mengadakan titik perubahan yang besar dan berani menghadapi risiko politik kerana mengadakan program debat yang perrtama iaitu di antara 2 tokoh politik besar di Malaysia iaitu shabery chik dan juga anwar Ibrahim. Di Amerika Syarikat, perdebatan secara terbuka ini merupakan perkara biasa yang digalakkan dalam amalan demokrasi untuk memudahkan rakyat menilai kematangan, kebijaksanaan dan keterampilan pemimpin-pemimpin politik mereka. Apabila proses ini dilakukan maka ia telah member gambaran bahawa amalan demokrasi di Malaysia masih lagi diamalkan tanpa keraguan dan seterusnya rakyat bebas da boleh menilai pemimpin yang mereka telah pilih. Walau bagaimanapun, negara kita masih lagi tidak menggunakan teknologi maklumat yang sedia ada secara optimum.Parti BN sering menyelar blogger-blogger kerana kononnya menjadi ejen pemfitnah kerajaan dan sering melakukan ugutan tetapi mereka tidak mengambil kesempatan untuk menggunakan gerbang cyber untuk memberi penjelasan, penerangan bagi mengukuhkan sokongan mereka di negara Malaysia tercinta ini.. Jika kita lihat di luar negara sekalipun parti-parti politik mengeksploit sehabis-habisannya blog bagi meraih undi tetapi bagaimana dengan parti BN?? Contohnya parti-parti pembangkang menggunakan teknologi maklumat yang sedia ada untuk mempengaruhi rakyat ataupun memikat rakyat. Sebagai contoh, parti keadilan rakyat yang telah menggunakan gerbang internet dengan penghasilan blog-blog dan juga penggunaan laman web youtube dengan menghasilakn tv keadilan sebagai medium komunikasi di antara pihak mereka dan juga rakyat. Walaupun bidang penyiaran di Malaysia masih dikawal oleh kerajaan tetapi pihak pembangkang masih mempunyai alternatif yang lain untuk menyebarkan maklumat kepada penduduk Malaysia dengan penggunaan teknologi maklumat yang sedia ada pada zaman sekarang.

0 comments: