CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, August 27, 2008

SEJAUHMANAKAH TEKNOLOGI MEMBANTU DALAM PROSES DEMOKRASI DI MALAYSIA.

Demokrasi adalah perkataan yang berasal daripada Greek iaitu “demos” yang bermaksud rakyat dan “kratein” bemaksud memerintah. Oleh itu, maksud sebenar demokrasi secara literalnya adalah pemerintahan oleh rakyat.

Demokrasi adalah perkataan yang berasal daripada Greek iaitu “demos” yang bermaksud rakyat dan “kratein” bemaksud memerintah. Oleh itu, maksud sebenar demokrasi secara literalnya adalah pemerintahan oleh rakyatDemokrasi di Malaysia adalah berasas kepada konsep Demokrasi Berparlimen di mana Parlimen merupakan badan yang berkuasa di dalam negara dan mampu melakukan perkara-perkara seperti membuat undang-undang atau akta, mengawal dan mengawasi perbelanjaan am kerajaan. Hak-hak rakyat adalah terpelihara di bawah Perlembagaan Negara dan Parlimen tidak boleh sesuka hati membatalkan undang-undang seperti Parlimen di Britain. Ini adalah kerana Parlimen Malaysia mendapat kuasa dari Perlembagaan maka dengan itu hak-hak dan undang-undang dalam Perlembangan adalah terjamin. Walaupun diberi kebebasan hak oleh perlembagaan, rakyat tidak boleh melakukan sesuatu secara tidak rasional. Sebagai contoh, penyuaraan pendapat adalah dibenarkan dalam negara kita tetapi jika pendapat yang dikeluarkan adalah berbentuk hasutan dan boleh mengancam kestabilan negara maka beliau boleh di tahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA - Internal Security Act) dan kebebasan hak bersuara beliau telah menjadi void kerana tindakannya itu.

Kebebasan bersuara merupakan salah satu cara rakyat untuk membantu dalam proses demokarasi. Dengan adanya saluran teknologi yang canggih pada hari ini, boleh dikatakan bahawa demokrasi yang baik akan sentiasa bergantung pada teknologi. Hal ini berlaku hampir keseluruhan telekomunikasi digunakan oleh pihak berkuasa untuk penyebaran berita-berita politik dan terutama sekali di dalam proses pilihanraya. Dengan penggunaan teknologi ini bukan sahaja dapat memudahkan kerja tetapi teknologi ini juga memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan perasaan dan pendapat rakyat terhadap sistem pemerintahan dalam sesebuah negara. Contohnya Blog menerusi internet semakin mendapat tempat di kalangan rakyat.

Namun,adakah kebebasan yang diberikan oleh rakyat mencukupi? Atau teknologi ini adalah hanya dimonopoli atau dikuasai oleh pihak tertentu untuk memanipulasikan rakyatnya? Apa yang jelas diatas adalah ingin menunjukkan bagaimana peranan teknologi dalam sistem demokrasi. Pada satu sudut teknologi dapat membantu proses demokasi tetapi pada satu sudut yang lain penguasaan teknologi oleh sesetengah kelompok dapat mempengaruhi perjalanan sistem demokrasi itu sendiri.



Sunday, August 10, 2008

Keadilan Media Dalam Sistem Demokrasi


Dalam pemerhatian kita pada setiap hari di kaca televisyen. Adakah paparan berita yang disiarkan memaparkan pandangan masyarakat keseluruhannya? Di Malaysia kita mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi, maksud kepada demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaan yang demokratik.

Antara sifat-sifat demokrasi ini ialah kebebasan bersuara (berceramah dan berhimpun), kebebasan media, kebebasan berpersatuan, rakyat yang berpendidikan dan berpengetahuan tentang hak asasi manusia dan ahli perlembagaan dipilih secara undian dalam pilihan raya.