CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, October 21, 2008

Proses Pembangunan Yang Tidak Seimbang di Negara Dunia Ke Tiga

Negara-negara dunia ketiga merupakan satu kelompok negara yang terbesar dalam dunia. Pengiktirafan negara-negara dunia ketiga ini adalah berdasarkan kepada konsep pembangunan dalam negara-negara berkenaan. Dilihat dari sudut sejarah, boleh dikatakan hampir keseluruhan negara dunia ketiga ini mempunyai perkaitan yang rapat dengan negara-negara barat, terutamanya negara kuasa barat yang suatu masa dahulu menjajah negara dunia ketiga.
Negara-negara barat yang datang ke negara dunia ketiga ini mempunyai sebab-sebab yang tertentu dan akhirnya mereka akan menguasai dan menakluk negara tersebut. Negara imperialisme ini mengamalkan dasar-dasar negara mereka dan memperkenalkan sistem ekonomi kapitalis mereka di negara jajahan mereka. Pada asalnya negara-negara dunia ketiga ini merupakan negara yang kaya dengan kegiatan ekonomi seperti perlombongan, pertanian, hasil-hasil hutan dan aktiviti perdagangan dengan struktur sosial-politik yang stabil dan bebas daripada kawalan dan cengkaman negara asing.

Keadaan ini berubah selepas kedatangan pihak barat yang menjajah negara mereka dan telah menyebabkan negara dunia ketiga ini mengalami krisis ekonomi kerana segala khazanah alam dan hasil bumi yang lumayan talah dimiliki dan diambil oleh pihak penjajah. Dengan itu juga maka bermulalah satu proses pembangunan semula di negara-negara dunia ketiga. Akibat daripada proses pembangunan yang tidak seimbang di negara dunia ketiga ini telah mewujudkan negara yang dikenali sebagai negara miskin dan negara barat yang menjajah itu dikenali sebagai negara kaya.

Setelah meninjau daripada pelbagai aspek dan permasalahan yang timbul dalam dunia sekarang ini, wujudlah persoalan dalam diri kita bertapa kuatnya pengaruh dan dominasi pihak ‘Negara Kaya’ dalam mempengaruhi kehidupan dan arah tuju negara miskin.Semuanya ini diperlakukan sedemikian rupa bagi mengekalkan cengkaman pemerintahan, dengan kata lain mengekalkan penjajahan walaupun dengan cara yang lebih berhemah iaitu cara ekonomi. Ini terbukti daripada cara mereka mendominasikan kekuatan, kalau dulunya mereka lebih cenderung menggunakan kekuatan ketenteraan tetapi sekarang ini penjajahan mereka lebih kepada kuasa ekonomi dengan menguasai pasaran, penguasaan harga bahan mentah, penakrifan harga hasil bumi dan lain-lain lagi.

Kalau dilihat interaksi antara ekonomi dan strategi, kerana setiap negara maju (kaya) dalam sistem antarabangsa senantiasa sahaja berusaha sedaya-upaya untuk menambah kekayaan dan kuasa masing-masing, agar menjadi (atau kekal) kaya dan kuat. Jadi menjadi suatu tanggungjawab bagi kita sebagai pihak tertindas mengkaji daripada pelbagai aspek kekuatan dan kelemahan mereka bagi mencari jalan meloloskan diri daripada kongkongan negara maju (kaya).


KONSEP-KONSEP YANG MUNCUL SELEPAS ERA PENJAJAHAN

Negara Maju dan Kaya
Pada hakikatnya sesebuah negara yang kaya atau maju adalah didasarkan kepada pembangunan yang terdapat dalam sesebuah negara tersebut. Akan tetapi dalam tahun-tahun kebelakangan, pembangunan sesebuah negara pada asasnya dirujuk kepada pertumbuhan ekonomi dari segi Keluaran Negara Kasar [ KNK ]. Keluaran Negara Kasar yang tinggi dianggap sebagai ukuran kejayaan dalam pembangunan. Namun begitu, ianya telah mula berubah, faktor pembangunan pada masa ini adalah lebih menyeluruh meliputi objektif sosial dan dianggap bahawa jika kemajuan masyarakat hendak diperolehi, pertumbuhan ekonomi sahaja tidak memadai walaupun ia diperlukan. Menurut Adiseshian, pembangunan adalah pertumbuhan ekonomi berserta dengan perubahan sosial dalam sesebuah negara tersebut. Di dalam pembangunan ini, pelajaran dan sains adalah merupakan tekanan-tekanan yang paling kuat dan paling sukar untuk diatasi. Pembangunan juga merujuk kepada modenisasi di mana institusi negara dan sistem nilai ubah untuk memenuhi revolusi jangkaan yang bertambah.

Kemiskinan dan Kemunduran

Soal kemiskinan memang sudah lama dan banyak diperkatakan orang. Telah beberapa dekad yang lalu, melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu terdapat badan-badan di antaranya FAO, UNESCO, ESCAP dan sebagainya cuba menampilkan kajian terhadap tahap kemunduran dan kemiskinan sesebuah negara. Pelbagai istilah yang digunakan bagi melabelkan negara tidak maju di antaranya ialah, negara miskin, negara mundur, negara membanguan, negara kurang membangun dan sebagainya. Persoalan yang timbul, apakah yang dimaksudkan dengan kemiskinan itu? Bagaimana hendak mengukurnya? Apakah pula punca yang khusus?
Menurut para sarjana sains sosial dan kamanusiaan, pembangunan adalah sebahagian daripada proses perubahan sosial yang lebih menyeluruh sifatnya. Pembangunan itu pula dibahagikan oleh mereka kepada dua kategori besar. Pertama, pembangunan yang dirancangkan, dan kedua pembangunan yang tidak dirancangkan. Ternyata hampir keseluruhan tumpuan dunia selama ini adalah terhadap pembangunan yang dirancang.

Pembangunan berbentuk ini melibatkan usaha sedar manusia merancang perubahan dalam hidup mereka. Tindakan ini sering diungkapkan sebagai social engineering yang pula melibatkan banyak pihak untuk menjayakannya:perecana, pelaksana, penerima dan terpenting sekali pembiaya. Dalam konteks sebuah masyarakat, tindakan merancang pembangunan menjadi tanggungjawab semua lapisan rakyat, masing - masing dengan bentuk sumbangan yang tertentu. Ahli politik, anggota profesional, para akademik, saudagar dan pemodal, pakar teknologi, kaum tani, kelas pekerja dan berbagai-bagai golongan lain termasuk rakyat terbanyak, semuanya sama-sama terlibat memupuk proses pembangunan berbentuk ini.
Takrifan konsep pembangunan

Konsep pembangunan masih kurang jelas dan sering digunakan dalam penulisan sekarang ini, namun di pandang sebagai kebolehan pembuat keputusan untuk membentuk dan membentuk semula keseluruhan alam sekitar ( politik , sosial , ekonomi, pentadbiran , pendidikan dan lain-lain) menerusi mobilisasi sumber-sumber kebangsaan dan di pimpin oleh ideologi yang sangat mereka percayai. walaupun pembangunan mempunyai makna yang berbeza-beza kepada orang yang berlainan, namun satu makna yang diterima umum ialah perubahan. Walaupun bagaimana, menurut perspektif islam, bukanlah untuk di ambil mudah sahaja, sekurang-kurangnya bukan salam semua lapangan pembangunan seperti hukum alam semesta,fizikal dan moral yang tidak berubah sehingga bila-bila umat islam percaya bahawa sesuatu dalam sistem kehidupan secara keseluruhan yang tidak berubah, dan tidak pula tertakluk kepada pemodenan. Disamping itu sedang golongan bukan Marxist membuat pendekatan ke arah pembangunan, beberapa cendekiawan secara umumnya menyamakan kerumitan ( yang menekankan kemunculan struktur kelas yang lebih kompleks daripada yang wujud dalam marxisme) dan yang lain-lain pula berpendapat bahawa sebagai merenggangkan jurang di antara bidang sosial budaya, ekonomi, psikologi dan politik yang gagal mengutamakan kesinambungan ( Shils, 1965 )5.

Oleh sebab faktor-faktor tersebut berbeza daripada yang terdapat di negara Islam dengan yang di Barat dan di Timur, maka strategi untuk pembangunan dan modenisasi juga berbeza-beza. Adalah diharapkan bahawa mereka dari bidang yang berkaitan dengan pembangunan , baik ahli sains sosial mahupun mereka yang berkaitan, akan lebih sensitif dan bersimpati kepada keperluan sebenar serta aspirasi masyarakat Islam , walaupun mereka tidak bertentangan dengan pemerintah dan kerajaan.

Prestasi negara-negara sedang membangun baru-baru ini secara keseluruhannya adalah menyakinkan. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa dalam masa 6 tahun diantara tahun 1957 - 1958 hingga ke tahun 1963 - 1964, keluaran negara kasar telah bertambah pada kadar 4.7 % setahun di negara ini. Ini adalah di bawah kadar matlamat 5% yang ditetapkan oleh negara sedang membangun menjelang akhir abad ini mengikut satu resdusi Bangsa-Bangsa Bersatu, dan lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan di negara maju.7 Walau bagaimanapun penyusunan mengikut aturan berdasarkan kadar pertumbuhan per kapita dalam tahun. Tahun di atas adalah sebaliknya, di sebabkan oleh kadar pertumbuhan penduduk sebanyak 2.4 % setahun di negara maju. Ini bermakna pendapatan per kapita naik sebanyak 3.1 % setahun di negara maju dan 2.3 % di negara sedang membangun. Dalam perkataan lain, jurang pendapatan per kapita telah menjadi semakin luas dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

Penghapusan kemiskinan dalam erti kata yang mutlak merupakan satu matlamat sosial yangbesar dan mulia, tetapi ianya tidak mencukupi pada masa ini. Terdapat tekanan politik dan sosial yang kian meningkat untuk menjadikan usaha mengecilkan jurang tersebut sebagai matlamat pembangunan ekonomi. Dunia di mana orang kaya menjadi lebih cepat kaya daripada orang miskin tidak mungkin mejadi stabil dan aman dari segi politik. Walau bagaimanapun, mengurangkan jurang pendapatan bukanlah satu perkara yang mudah. Jumlah kadar pertumbuhan mungkin meningkat di negara-negara ini tetapi kadar pertumbuhan penduduk yang lebih cepat juga mungkin berlaku. Sementara itu, setelah negara maju memperolehi pengalaman yang lebih banyak dalam mengahadapi masalah pengangguran, kadar pertumbuhan per kapita mungkin melebihi kadar yang lepas-lepas di nagara ini

Kesimpulan
Bagi mewujudkan pembangunan yang adil dan berkekalan, masyarakat sesebuah negara yang sedang membangun haruslah benar-benar percaya bahawa pembangunan yang berimbang akan melahirkan umat wasatan, manusia pertengahan, manusia sederhana, manusia yang mencintai alam ciptaan Tuhan, manusia yang tidak melakukan kerosakan sosial, budaya dan akhlak kerana rakus dan tamak materialistik, maka seluruh sistem pembangunan yang kita import dari dunia lain itu hendaklah dirombak seluruhnya, digantikan dengan satu acuan baru, acuan pelbagai dimensi, acuan sintesis daripada ciri-ciri yang baik dari segala sistem dan ideologi yang ada berlandaskan pembangunan yang mengikut perspektif Islam.

0 comments: