CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, September 22, 2008

Teknologi dan Negara dunia ketiga.... Apakah kesan dan akibatnya???


Teknologi dan negara dunia ketiga amat sinonim dimana kita dapat lihat bagaimana negara dunia pertama mencampakkan dan melambakkan pelbagai teknologi lama dan terbuang yang telah lama mereka gunakan kepada negara-negara dunia ketiga (negara membangun). Kita lihat kesan ini mula dikenali sebagai Imperialisme.[1] dimana kuasa-kuasa besar barat berusaha untuk menguasai dunia, teori ini diperkenalkan pada abad ke-19 dengan bermulanya penaklukan kuasa besar terhapat kawasan-kawasan terpencil. Selepas perang dunia kedua banyak negara mula menuntut kemerdekaan dari penjajahan, namun begitu kebanyakan negara ini hanya merdeka dari segi politik kerana wujud satu hubungan antarabangsa yang baru ( Kuasa barat menguasai negara dari segi ekonomi dan sosial) hal ini lebih dikenali dalam terma baru iaitu Imperialisme Budaya.[2] dimana wujudnya pergantungan budaya negara membangun terhadap budaya dan tamadun negara maju yang dominan. Transnational Corporation (TNC) memainkan peranan penting dalam proses ini melalui satu corak penggunaan dan pemakaian sistem teknologi komunikasi yang tidak seinbang dan tidak adil dalam pasaran ekonomi kapitalis sedunia yang semakinberkembang selepas perang dunia kedua.

Seorang ahli sarjana, C.J. Hamelink berpendapat bahawa terdapat empat gaya.[3] (trend) dalam arena teknologi komunikasi dunia yang mengukuhkan imperialisme budaya ini,

i) Digitization

ii) Consolidation

iii) Deregulation

iv) Globalization

Digitizaion bermaksud satu teknologi pemancaran dan pemprosesan data dalam bentuk kod komputer (digital) yang cepat dan tepat. TNC berusaha untuk memajukan teknologi ini supaya dapat bersaing dengan lebih kompetitif.

Derugulation pula melihatkan satu persekitaran undang-undang, polisi komunikasi yang longgar yang memberi kelebihan kepada konglomerat untuk menarik pelabur asing, dilakukan oleh penggubal dasar contohnya kerajaan.

Consolidation pula pergabungan dua atau lebih syarikat bagi mengwujudkan satu entiti yang kukuh dah kuat dalam pasaran serta mendapat pasaran lebih besar, pada asasnya ia bermaksud korporat gergasi mengambil alih korporat lain yang menghadapi masalah untuk mengawal pasaran dan mengaut keuntungan lebih. Sebagai contoh U.S Time-Warner merupakan gabungan syarikat komunikasi terbesar di dunia.

Globalization merupakan aktiviti TNC memperluaskan kegiatan pasaran mereka keseluruh dunia.

Teknologi komunikasi dan soal imperialisme budaya harus dilihat dalam konteks realistik dimana mengambil kira hubungan sosial politik dan juga kepentingan ekonomi politik masyarakat antarabangsa. Menurut Boyd-Barret(1997b) mendakwa kajian-kajian kegiatan media antarabangsa mendedahkan 2 faktor dimana

i) Pengaliran maklumat tidak seimbang

ii) Penguasaan media antarabangsa yang tidak adil


Menurut Herbert Schiller, perkembangan teknologi komunikasi sebenarnya berakar umbi keadaan politik dunia selepas perang dunia ke-2, setelit komunikasi pertama dunia dimajukan oleh USSR pada tahun 1957. Dalam perdebatan antarabangsa mengenai pengaliran maklumat para sarjana menyokong bahawa pengaliran maklumat hanya berlaku sehala, tidak seimbang dan berat sebelah. Keadaan ini bukan sahaja jelas kepada sesiapa yang memerhati tetapi telah berulang kali terbukti dengan pelbagai hasil kajian yang dijalankan diserata dunia. Antara kajian-kajian analisis kandungan media yang dilakukan di Amerika mendapati bahawa kandungan maklumat tentang dunia membangun dalam medianya adalah amat terhad dan kandungan yang sedikit itu pun sering kali menekankan maklumat bercorak negatif dan seperti peperangan, penggulingan kerajaan, permusuhan, malapetaka dan yang terbaru cuba dilakukan oleh media barat adalah mencetuskn minda tentang agama Islam dan keganasan,( Islam itu Ganas) [4].

Kita lihat betapa hebatnya kesan imperialisme budaya ini dalam masyarakat dunia ketiga. Antaranya media tempatan gagal bersaing dengan media antarabangsa yang jauh lebih maju dari segala aspek serta penggantungan budaya untuk mengisi slot program tempatan yang mana implikasi jangka panjang merosakan sosio-ekonomi negara menbangun.

Kesimpulan yang dapoat kita faham disini adalah dimana Imperialisme media akan terus wujud jika ekonomi kapitalis masih kuat pengaruhnya diperingkat dunia atau dalam sesuatu negara. Penyelesaian Imperialisme ini perlu dikaji dari segi dimana imperialisme media dan ekonomi kapitalis itu berada dan bukan ditujukan kepada konsep itu sahaja.

­­­­­

[1] Imperialisme, http://ms.wikipedia.org/wiki/Imperialisme

[2] Imperialisme Budaya, http://en.wikipedia.org/wiki/Cultural_imperialism

[3] Global communication: Northern control & southern dependence by Cees J Hamelink

[4] Penjajahan Budaya dan Order Baru Maklumat Antarabangsa oleh Mansur Ahmad

Saman (Terbitan asal oleh Dewan Budaya, Jun 1981)

1 comments:

Sakiinah said...

1) apakah beza imperialism kapitalis dgn sosialis? bukankah sosialis juga menggunakan media sbg alat propoaganda sptmana yg berlaku di germany?

2) sekiranya tiada ekonomi kapitalis..
apakah alternatif kepada ekonomi sedia ada?

3) sejauh manakah benar berlakunya imperialisme budaya...memakai jeans tidak semestinya tidak memakai baju melayu/baju kurung..
seluar adalah seluar..mcm mana itu boleh diandaikan sbg satu imperialisme..