CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, September 8, 2008

ADAKAH KERAJAAN ELEKTRONIK MEMBAWA DEMOKRASI YANG ADIL DAN SAKSAMA?


Apakah itu kerajaan Elektronik yang anda faham dalam konteks demokrasi yang adil kepada semua masyarakat? Adakah ia berkesan?. Persoalan ini lah sering kita dengar dari mulut masyarakat kita hari ini. Masyarakat kita hari ini lebih berpengetahuan jika dibandingkan dengan masyarakat dulu yang tidak mendapat maklumat yang banyak disebabkan halangan-halangan oleh pemerintah.

Kerajaan Elektronik didefinasikan oleh kerajaan ialah satu urusan pentadbiran yang menggunakan saluran media elektronik secara cepat ,pantas dan berkesan. Bolehkah demokrasi subur dalam sistem teknologi komunikasi secara elektronik ini.? Menurut pandangan optimis terhadap teknologi komunikasi iaitu Ithiel De Sola Pool bahawa sekiranya kita menolak teknologi komunikasi maka ia menjadi ancaman kepada proses demokrasi seperti kebebasan bersuara. Dari pandangan tokoh optimis itu menunjukan bahawa sistem teknologi komunikasi ini boleh memberi demokrasi kepada sesebuah negara tetapi hendaklah kita tahu cara menggunakan teknologi ini. Oleh itu, asas kepada kerajaan elektronik ini amat wajar dilakukan untuk menyuburkan asas demokrasi di Malaysia. Kerajaan elektronik diamalkan di Malaysia adalah untuk melaksanakan proses pentadbiran dengan lebih efektif dan berkesan tanpa memerlukan masa yang lama untuk sesuatu proses yang diinginkan.

Kita perlu lihat adakah kerajaan elektronik ini memberi keadilan dari semua aspek seperti ekonomi, politik, sosial dan budaya dalam mendemokrasikan masyarakat di Malaysia hari ini. Sekiranya kita tidak melihat kepada aspek ini kita tidak akan sampai kepada matlamat visi dan misi kerajaan elektronik yang diamalkan oleh kerajaan pada hari ini.Dalam aspek ekonomi kerajaan elektronik ini amat sesuai digunakan kerana ia memberikan pulangan kepada kerajaan dalam jangka panjang . Hal ini kerana keupayaan sesebuah kerajaan yang memerintah dapat di nilai melalui keupayaan dari segi kewangan. Namun begitu, kita perlu melihat suasana ini dengan lebih teliti kerana ia bukan hanya untuk kerajaan sahaja tetapi untuk semua masyarakat di Malaysia. Cuba kita lihat sekeliling kita pada hari ini , tidak semua orang berkeupayaan untuk memiliki teknologi komunikasi . Kenapa situasi ini berlaku.? Jawapannya tidak semua masyarakat kita mempunyai keupayaan kewangan seterusnya memiliki teknologi komunikasi. Tambahan lagi, kedudukan ekonomi negara kita juga tidak stabil kesan kenaikan harga minyak pada tahun ini. Kuasa beli rakyat di Malaysia semakin turun. Hal ini dapat dilihat pada perangkaan yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan Malaysia iaitu Indeks Harga Pengguna dari tempoh januari hingga julai meningkat sebanyak 4.4 % kepada 109.8 dibandingkan dengan 105.2 pada tempoh yang sama pada tahun lepas. Keadaan ini menunjukan bahawa kedudukan kuasa beli mempengaruhi masyarakat untuk menggunakan teknologi komunikasi sepenuhnya terhalang sehingga wujudnya kekangan dalam demokrasi yang diwar-warkan. Keadaan ini menunjukan bahawa kerajaan elektronik masih pada tahap yang tidak memberangsangkan.

Dalam aspek sosial, di Malaysia masih ramai lagi ada masyarakat yang berada dibawah kemiskinan tegar. Keadaan ini menunjukan bahawa aspek sosial di Malaysia masih dalam tidak stabil. Aspek sosial memainkan peranan penting kerana ia adalah petunjuk kepada keadilan dalam demokrasi. Banyak juga hak-hak gologan ini ditindas oleh golongan-golongan yang berkepentingan. Keadaan ini mencerminkan dasar kerajaan elektronik tidak banyak membantu menigkatkan taraf sosial di Malaysia. Tambahan pula, peluang untuk mengakses maklumat yang dibekalkan amat sukar. Tidak semua segmen-segmen di Malaysia memiliki alat untuk mengakses internat. Walaupun , dasar kerajaan yang menyatakan bahawa ‘Satu rumah satu komputer’. Sesungguhnya dasar ini tidak tercapai 100 % apa yang diinginkan oleh kerajaan. Faktor yang menyebabkan pekara ini adalah tidak semua orang mampu mengakses kemudahan internat kerana kemudahan ini berbayar. Sehubungan dengan itu, hanya golongan tertentu sahaja yang memperolehi faedah dari internat. Ini memperlihatkan bahawa demokrasi yang wujud di negara kita masih tidak adil kepada sesetengah pihak. Bukan golongan ini tidak mahu terlibat dalam demokrasi tetapi halangan yang berlaku sehingga mereka tertindas dalam suasana pada hari ini. Melihat kepada statistik Jabatan Perangkaan Malaysia Malaysia menunjukan peningkatan dalam kadar penggangguran iaitu 0.4 peratus suku pertama 2008 sebanyak 3.6 peratus. Dari pada analisis ini, di mana silapnya? Siapa harus dipersalahkan dalam situasi ini, kerajaan atau penganggur itu sendiri?.

Politik merupakan eleman penting dalam pembentukan sesebuah kerajaan. Politik juga memainkan peranan dalam pembentukan sesebuah akta yang melibatkan parlimen. Kebanyakan akta-akta yang ada menghalang daripada masyarakat kita hari ini memberi pandangan atau pendapat kerana ia dianggap pandangan yang provokasi.Dengan akta ini lah menyebabkan demokrasi dalam kerajaan elektronik sukar dijalankan. Antara akta –akta yang menyekat masyarakat bersuara iaitu Akta Hasutan 1948, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, Akta Rahsia Rasmi 1972 serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (pindaan 1987). Suasanan sebegini sukar untuk menyuburkan demokrasi yang adil dan saksama, sehingga menyebabkan masyarakat hari ini takut menyuarakan pandangan mereka tentang apa yang berlaku pada hari ini menerusi pelbagai saluran seperti media elektronik mahupun media cetak.

Kesimpulanya, dasar kerajan elektronik adalah sesebuah dasar yang baik tetapi masyarakat kita masih lagi terkongkong dengan kekangan yang diwujudkan oleh pihak kerajaan, Justeru itu, matlamat kerajaan elektronik tidak tercapai bagi maksud mendemokrasikan rakyat di Malaysia.Walau bagaimanapun ada sesetengah pihak mengatakan kerajaan elektronik baik untuk sesebuah, tetapi pada dasarnya adalah tidak. Hal ini kerana ia mementingkan sesetengah pihak sehingga lupa akan golongan- golongan yang tertindas hanya kerana wang.


0 comments: